Bagi Dr Nur Dayana Mohamed Ariffin, terdapat tiga perkara yang perlu dititikberat kerajaan Malaysia dalam era Ferdinand Marcos Jr sebagai Presiden Filipina yang baharu.<br /><br />Pensyarah Kanan Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya itu berkata, tiga perkara tersebut ialah ketenteraan, isu masyarakat tanpa kerakyatan di sempadan Sabah, serta hubungan komersial antara dua negara.
